Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai ketika cuba meloloskan diri daripada serbuan polis di Pulau Biawak, Batu Tiga dekat Kuantan, pada Sabtu.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita terbabit pada jam 2.53 petang.